Wednesday 14 May 2014

Kacang Pool

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sebagai orang Johor, salah satu makanan yang saya rasa memang susah nak dapat yang sedap kat tempat lain selain Johor ialah KACANG POOL...hehe...


Pernah satu kali dulu try kat cyberjaya ke putrajaya, tak ingat dah...hmmm...memang lari banyak jugak rasanya dengan yang kat johor ni. Kacang pool sedap kat Johor ni pon sedap kat HAJI ALI, yang lain tempat tak pernah cuba lagi. 


Pernah sekali tu, saya rasa teringin sangat nak makan kacang pool tu. Teringin sampai dah rasa kat tekak. Hari sabtu tu, terus naik bas dari terminal bas Segamat ke Larkin, Johor Bahru pukul 7.45 pagi.  Sampai Larkin dalam pukul 11 pagi lebih kurang. Terus jalan kaki susur ke belakang terminal tu ke Larkin Central. Alhamdulillah kacang pool haji ali buka hari tu. Sebab teringin punya pasal, saya makan sampai dua set..hehe... Menariknya, kacang pool haji ali ni murah lah pada pendapat saya kalau diukur dengan kualiti rasanya. Harganya RM4 sahaja satu set. Lepas makan dan puas hati, saya ambil bas balik semula ke Segamat pukul 12.45 tengahari dan sampai dalam pukul 4 petang. Tuu dia...semata-mata nak puaskan tekak punya pasal sanggup berulang pagi petang camtu je..

Minggu lepas, teringin tu datang balik, tapi kali ni saya tak lah gigih nak pergi sana. Instead, saya godeh2 resepi dan cuba untuk buat. Kali ni saya guna resepi dari blog Kak Ita. Kak Ita pon ambil daripada sebuah buku resepi. Maka berangkailah resepi ni. Menjadi dan rasa memang dah ada, tapi mestilah tak sama dengan rasa sebenar di haji ali tu..hehe.. Resepi asal Kak Ita guna banyak daging, sampai pada saya saya alter la siket..huhu..Jom kita tengok resepinya..

KACANG POOL 
Resepi : Pak Haji
Rujukan : Buku Planta Resepiku Warisanku
 ** Ini lebih kurang separuh resepi asal


1 tin kacang pool -
kacang parang dalam tin Medammas Foul kimball - saya tapis, buang airnya dan bilas sekali lalu ngan air
1 kg daging - dikisar (saya guna daging kisar jenama Ramly, dalam 400gram)
1 kg bawang merah - dikisar (saya guna 3 biji bawang besar Holland)
2 labu bawang putih - dikisar (saya guna dalam 8 biji bawang putih)
1/2 sudu teh jintan manis - di goreng tampa minyak dan dikisar
1/2 sudu kecil jintan putih - di goreng tampa minyak dan dikisar
1/2 sudu kecil ketumbar - di goreng tampa minyak dan dikisar
1/2 inc halia - dikisar
1/2 cawan air
Sedikit minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

Panaskan minyak dalam 3-4 sudu besar. Masukkan bawang dan halia yang telah dikisar. 'Saute' kejap, masukkan bahan kisar yang lain iaitu jintan dan ketumbar.
Apabila dah naik bau tu, masukkan daging dan kacau hingga masak dan empuk. Tutup periuk, kacau sesekali. Guna api sederhana pada masa ini.
Bila daging dah empuk, masukkan semua kacang pool tadi.
Tambahkan sedikit air dan masak hingga kuah sedikit pekat.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa

Bila nak makan, masukkan dalam mangkuk kecil.
Goreng telur mata lembu, sunny side up (cheh, orang putih pulak) letak atas kacang pool tu bersama hirisan cili, bawang merah dan letakkan sebiji limau kasturi. Macam saya, takde, saya guna hirisan lemon. Haaa...western sket giteww..haha


Kacang pool ni boleh buat banyak-banyak dan boleh freezekan dalam bekas-bekas kecil. Bila nak makan, taw dan panaskan dan boleh la dimakan dengan roti, roti perancis, roti canai, capati, hatta dengan lempeng pun sedap juga. 

Resepi ini memang saya simpan dan akan guna untuk dibuat lagi masa-masa depan. Insyaallah...

Untuk resepi penuh seperti macam dalam blog Kak Ita adalah macam kat bawah ni. Insyaallah, jadi...

KACANG POOL 
Resepi : Pak Haji
Rujukan : Buku Planta Resepiku Warisanku

1 tin kacang pool - kacang parang dalam tin Medammas Foul kimball
1 kg daging - dikisar 
1 kg bawang merah - dikisar
2 labu bawang putih
1 sudu teh jintan manis - di goreng tampa minyak dan dikisar
1 sudu kecil jintan putih - di goreng tampa minyak dan dikisar
1 sudu kecil ketumbar - di goreng tampa minyak dan dikisar
1 inc halia - dikisar
1 cawan air
Sedikit minyak atau planta untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

Tumiskan bahan yang dikisar hingga naik bau
Masukkan daging dan kacau hingga masak dan empuk
Bila daging dah empuk, masukkan semua kacang pool
Tambahkan sedikit air dan masak hingga kuah sedikit pekat.
Rasakan garam dan gula secukup rasa

Bahan Dimakan Bersama 
Lada hijau - dihiris
Bawang besar - di hiris dadu
Roti - di bakar dengan sedikit planta
Telur mata lembu
Limau nipis 



~big grin~

Friday 7 February 2014

Donat Labu tak sangka sedap hoi!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 



Labu ni memang antara sayur kegemaran. Masak lemak labu dengan kacang panjang atau keledek. makan dengan sambal belacan dengan ikan goreng. Aduyaii..sedap sangat. Tapi selain dari masak lauk, saya tak berapa gemar labu ni diolah jadi masakan lain, terutamanya desserts. Mungkin sebab rasanya nanti akan jadi terlalu manis.


Ada lebihan labu disimpan dalam peti ais tu. Nak masak lemak, alang-alang sikit sangat. Jadi saya pon godeh-godeh la google, cari resepi guna labu yang tak berapa banyak. Saya jumpa resepi donat labu ni dari beberapa blog masakan terkemuka. Macam sedap je, maka saya pun cuba..


Alhamdulillah, memang sedap. Gebuss je. Saya tak tabur gula, sebab saya rasa dah cukup dengan kemanisan labu tu. Saya makan panas-panas, laagi sedap. Insyaallah akan buat lagi bila ada lebihan labu akan datang...


Jom tengok resepi yang saya ambil dari blog kak azie. Blog kak azie memang selalu jadi rujukan saya kerana resepi yang tepat dan menjadi. Terima kasih ye kak...




Donut Labu

Bahan bahan:
200 gram tepung gandum (tambah beberapa sudu lagi)
1 1/2 sudu kecil instant yeast
100 gram labu manis, kukus dan dilecek halus
50 gram gula halus
1 1/2 sudu besar mentega
1 kuning telur
1/2 sudu kecil garam (tak letak)
1 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla (saya tak letak)
60 ml air (tak guna pun)
Coklat masakan, kekacang atau gula halus untuk hiasan

Cara cara:
Dalam mangkuk kecil, satukan labu yang dilenyek, susu, mentega dan kuning telur.  Dalam mangkuk yang lain, satukan tepung gandum, yis dan gula.



Kemudian satukan kedua dua bahan di atas dan digaul rata sehingga menjadi doh yang lembut dan elastik. Kalau perlu, tuang air sedikit demi sedikit sambil menggaul. Saya langsung tak masukkan air. Rehatkan selama 15-20 minit. 


Tabur tepung pada meja kerja, keluarkan doh, tekan tekan sedikit dan canai setebal 1cm, terap dengan acuan donat, letak atas loyang yang telah ditabur sedikit tepung. Buat hingga siap. Rehatkan lagi untuk 20 - 25 minit.

Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan pada semua bahagian donat.






Tuesday 10 December 2013

Roasted Chicken with rosemary, and Caramelized Onion gravy

10 Dis 3013/ 7 Safar 1435
8.40 malam




Haaa...hambek! Kerlass kau roza tajuk post macam budget best aje. Best ke? Boleh tulis ayam panggang dengan kuah bawang je pon..hehe..

Alhamdulillah...hati aku jadik senang sekembalinya dari melawat sahabat-sahabat di kuantan semalam. Sungguh mereka ini cukup kuat, tenang dan sabar atas ujian yang diterima. Dalam besar ujian yang diterima, masih lagi mampu senyum dan yang paling baiknya adalah mereka memang positif dan mengambil hikmah atas kejadian yang berlaku ni.

Dek kerana rasa hati yang senang ini, ditambah dengan cuaca sejuk sekarang ni, balik kerja tadi, pulun lah buat comfort food ni..ayam panggang. Dah lama teringin nak buat sebenarnya ayam panggang ni..Kalau google resepi, memang banyak la resepi keluar, lebih-lebih lagi dah nak dekat-dekat Christmas dan thanksgiving ni. Resepi aku ni aku main letak je, sesedap ikut rasa hati, tapi berpandukan beberapa resepi la..macam resepi Jamie Oliver ni dan resepi dari sini. Buat pun ikut portion size kecil je

Roasted Chicken with rosemary 

1/4 bahagian ayam
1 labu bawang putih (7-8 ulas) ~ crushed dengan pisau/anak lesung
1 biji lemon
2 hiris bawang holland (mak aku panggil bawang bombay..hehe)
Dry rosemary * ~ 1 sudu teh + extra (kalau suka)
Mixed herbs * ~ 1 sudu teh + extra (kalau suka)
Black pepper ~1/2 sudu teh + extra (kalau nak pedas)
1 sudu besar madu
Olive oil

Kentang * pilihan jika suka (potong 4)
Sayur-sayuran pilihan * (baby carrot, baby tomato, broccoli, timun jepun)

Cara-caranya:

Aturkan bawang putih yang telah diketuk (crushed) di bahagian dasar bekas tahan oven, Aku selamba je guna messtin..hehe.. Susun sedikit sayur-sayuran ditepi-tepi bekas. Tabur sedikit black pepper, herbs dan rosemary. Sprinkle dengan olive oil macam dalam gambar.


Lumur ayam dengan baki rempah ratus, dan olive oil. Masukkan hirisan bawang bawah kulit ayam. Hiris lemon, masukkan dua hiris bawah kulit ayam. separuh lagi lemon letak dibawah ayam. Aku lupa nak ambil gambar tu. Next time kalau buat lagi, aku ambik gambar macam mana.



Bakar dalam oven, aku guna api bawah (bottom) aje, preheated about 15mins....dalam suhu 160 darjah celcius...lebih kurang 30minit. Lepas tu guna api atas bawah (both) selama 15 minit. Check la dari semasa ke semasa, kalau tak cukup masak lagi, tambah masa. Prick guna garfu pun boleh untuk pastikan isi ayam masak sampai dalam. Lepas dah masak, keluarkan dan boleh hidang.



Caramelized Onion Gravy

Sos ni pun aku tengok kat youtube dan banyak website..senang sebenarnya buat dia sampai lupa nak ambik gambar. Next time la ye. Ni tulis resepi je dulu. Lebih elok, buat sos ni masa ayam tu sedang dipanggang dalam oven.

2biji bawang holland (dimayang halus)
Olive oil
1sudu teh mentega
secubit gula (jika suka)
1 cawan air rebusan ayam (chicken stock)
1/2 sudu teh tepung (aku guna tepung jagung) ~ larutkan dengan sedikit air

Caranya :

Panaskan olive oil dalam non stick pan dalam lebih kurang 1sudu besar, masukkan hirisan bawang. Masak (saute) sampai layu, masukkan butter dan gula untuk mempercepatkan proses caramelization ni. Kacau setiap beberapa minit sehingga bawang berubah warna perang. Hati-hati supaya bawang tidak hangus. Jika kuali semakin kering, letakkan sedikit air rebusan ayam tersebut. Bila warna bawang sudah sampai perang (browning) yang dikehendaki, masukkan semua air rebusan ayam. Didihkan sekejap. Masukkan tepung yang telah dilarutkan dengan air tu. Tepung ni fungsinya untuk pekatkan sos kita ni. Jadi kalau nak pekat lagi, tambah la lagi lebih tepung. Ikut citarasa la yer. Bila dah didih, boleh la hidang dengan ayam panggang tu.  Siap! Insyaallah sedappp...

~big grin~

Saturday 7 December 2013

Banjir besar Kuantan 2013

7 Dis 2013/ 4 Safar 1435
10.14 malam

Semasa entry ini ditulis, sahabat-sahabat aku dan ramai lagi penduduk Kuantan sedang kelam kabut menyelamatkan apa yang boleh dan sedang bertindak untuk menghadapi gelombang kedua banjir besar yang sedang melanda. Aku yang jauh hanya mampu berdoa dan dan kerana mahu menenangkan hati yang gundah gulana ini, aku post posting ni..

Allah...

Kuantan memang sangat dekat dengan hati aku. Selepas grad pada tahun 2007, posting pertama aku ialah di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang. Aku ingat lagi, Aku melapor diri di Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) pada awal bulan puasa. Hanya Allah sahaja yang tahu gelodak rasa ketika itu memandangkan aku takde sedara-mara di Pahang. Disanalah tempat aku bermula belajar 'hidup', 'mengenal' dunia, mengenali diri sendiri dan membina persahatan...

Jadi bila Kuantan hampir lumpuh dilanda banjir besar sejak beberapa hari lalu, jiwa dan hati aku luluh, sedih amat sangat. Bermula dengan hujan lebat-selebatnya, beberapa kawasan naik air, kepada beberapa kawasan dinaiki air, beberapa sahabat terpaksa keluar meninggalkan rumah...akhirnya kepada ujian besar banjir yang amat hebat...MasyaAllah...aku ikut setiap update terkini sahabat-sahabat aku dalam group whatsapps...sedih sangat..

Ada kawan yang pindah ke tempat pemindahan banjir, dengan mak dan ayah yang dah tua. Allah...kat pusat pemindahan laaagi teruk. Ramai sangat orang, makanan tak cukup, air bersih tak cukup, bantuan tak kunjung tiba, kelaparan menghampiri kebuluran!!

Allah Allah Allah...

Jadi kami yang terselamat ni mengambil inisiatif buat donation drive untuk membantu membeli sedikit keperluan asas macam makanan dan air bersih untuk diagihkan. It started since hari rabu, kumpul-duit, beli makanan, hantar....mula-mula kak shila kawan aku yang mulakan dulu...pastu malam khamis tu aku karang lah ayat mintak derma pada kawan-kawan dalam whatsapp group sekolah dan group satu course masa uni...

Subhanallah..alhamdulillah..allahuakbar...

Banyak juga yang menyumbang..tak sangka betul...so, duit yang aku dapat pagi, aku terus bank in kat geng kuantan, dorang beli barang, terus bagi...duit dapat petang, aku bank in petang, dorang beli, bagi terus kat pusat pemindahan. Banyak la keluh kesah dan rintihan mangsa-mangsa banjir ni..kesian sangat.. Yang menariknya, kawan-kawan aku yang jadik mangsa banjir pon jadik sukarelawan jugak...Allah, baik betul hati dorang. Ada sahabat yang jadi mangsa baru je bersihkan rumah petang tadi, ni malam ni siren-siren kecemasaan dah berbunyi suruh keluar semula sebab ada amaran gelombang kedua. Besar betul ujian kali ni. Tak semua mampu hadapi ujian banjir ni. Aku yang kejauhan ni hanya boleh doa je banyak-banyak..

Doa Doa Doa...

Thursday 17 October 2013

Chicken pie

Chicken pie ni adalah current obsession..macam best buat, lagi best makan, lagi-lagi best kalau bagi orang makan..


Resepi kite ambil dari blog kak aziejaya @aziejaya@blogspot.com ...super jadik..tapi memang ade derhaka sikit2 la.. ;)


Ini resepi yang sedap tu..


Chicken Pie

Rujukan : @aziejaya.blogspot.com
10 biji (acuan 4 inci)

Bahan Pastri
250 g tepung gandum
200 g butter - lembut
110 g yoghurt
1 kuning telur
1 sk gula (optional)
Secubit garam
puff pastry ~ saya tambah, buat tutup pie

Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk kecuali yoghurt. Gaul sehingga menjadi crumble.

Masukkan yoghurt dan kacau sehingga menjadi doh yang sangat lembut. Jika terlalu lembut, masukkan sedikit demi sedikit tepung ke dalamnya sehingga menjadi doh.

Boleh simpan kejap dalam peti sejuk dalam 20-30 minit. Biar keras sket,senang bentuk.

Lepas tu, boleh la kita buat inti pie tu pulak...


Chicken Pie's Filling:

500 g isi ayam - hiris kecil
1 karot - potong kecil
1 biji green capsicum - potong kecil
1 bawang besar - potong kecil
4 ulas bawang putih - cincang
120g white button mushroom - hiris
2 sb olive oil

Perap ayam dengan:
1 sb oyster sauce
1/2 sk serbuk perencah Secukup Rasa  ~saya ganti dengan air rebusan ayam 1/2 cawan
Parsley flake ~ saya takde, ganti oregano powder dan mixed herb
1 sk sesame oil ~ saya ganti dengan minyak masak biasa je
Sedikit serbuk black pepper

1 sb tepung jagung + 3 sb air (memekatkan)
1 telur - pukul (lenser)

Panaskan minyak olive. Tumis bawang  putih dan bawang besar sehingga wangi.

Masukkan karot dan kacau rata sehingga separuh masak, kemudian ayam yang diperap sehingga masak.

Masukkan mushroom dan capsicum, kacau sebentar supaya tidak terlebih masak.

Masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau sehingga pekat dan sesuaikan rasa.


Membuat Pie:

Panaskan oven pada suhu 180C.

Tekan tekan doh dengan tangan pada ketebalan 1/4 cm  (atau asal tidak terkoyak) atas papan pencanai  yang ditabur tepung.

Letak atas acuan pie dan biarkan lebih. Tekan mengikut bentuk acuan dan gunting lebihan doh mengikut bentuk acuan.

Sudukan inti ayam ke dalamnya.

Saya tutup dengan puff pastry, kemaskan dan katupkan tepi2 tu dengan garfu. Lepas tu cucuk2 atas pie tu nak buat lubang angin

Glaze dengan telur yang dah dipukul dan masukkan dalam oven.

Bergantung pada jenis oven, bakar dalam 30-40 minit..atau sampai masak





Pasti akan buat lagi.. sedap. serius.

~big grin~

Brainstorming

Assalamualaikum..
Nak tulis apa?

Tulis resepi2 yang dah dicuba dan jadik..
untuk rujukan bila perlu

Taklah bile nak masak, kalut carik resepi. Bila nak buat lagi, dah ilang dah resepi yang jadik tu.

A ah. Clumsy. A bit. I am.

Hope this blog stay

~big grin~